Isnin, 22 Januari 2018

PERSONALITI MENGIKUT WARNA KEGEMARAN

Assalamualaikum wbt, Selamat tengahari semuaa.
Minta maaf sangat-sangat lama tak update. Ada yang rindu iols ke? Hihihi

Berbalik kepada tajuk, entry kali ini kita akan bercerita dan mengupas tentang personaliti seseorang mengikut warna kegemarannya. Menarik kan? Dari warna kegemaran pun kita boleh kenal diri kita sendiri.

Jadi, untuk permulaan ini, saya nak share 3 warna sahaja. Saja nak uols rindu-rindu nak update daripada iols hihi.

Okey, untuk warna yang pertama, shout out kepada penggemar-penggemar warna merah. Mereka yang menggemari atau menyukai warna merah ni seorang yang kuat, kerana warna merah sinonim dengan kekuatan, keberanian, cita-cita yang membara, kepimpinan dan semangat. Sebab itulah, penggemar warna merah kebanyakkannya merupakan seorang ketua yang penuh dengan kredibiliti kerana ketegasannya. Dan mereka juga mempunyai pengikut-pengikut yang baik. Sebab pengikut yang baik itu dari ketua yang baik.

Contoh macam Ferrari, yang hitam atau yang merah lebih gah? Jawab sendirilah hihi.

                                          Amacam, mengancam tak Bravo Red ni??

Selain warna merah, saya juga nak share tentang personaliti mereka yang menggemari warna oren. Warna oren sering dikaitkan dengan kegembiraan, kreativiti, keyakinan, kesukanan, gemar kepada aktiviti sosial seta alam kanak-kanak. Sifat positif oren membantu mengurangkan perasaan rendah diri, kasihan pada diri sendiri, kurangkan kedukaan dan sifat enggan memaafkan. Mereka yang menggemari warna juga mampu menjadi sahabat atau pasangan yang baik,menarik dan suka menolong.

                                            Nampak ceria kan??

Warna yang ketiga ialah merah jambu. Bagi yang memilih warna merah jambu atau pink sebagai warna kegemaran, warna ini sering dikaitkan dengan lambang kasih sayang, kelembutan, sensitiviti, kewanitaan dan kemanjaan. Sebab itulah nisbah wanita yang yang memakai warna merah jambu lebih tinggi berbanding lelaki. Warna ini juga lambang kurang matang, kendiri rendah serta emosi sering berubah-ubah.

Namun begitu, dalam dunia pemasaran, warna pink atau merah jambu adalah warna yang berkuasa untuk menarik pelanggan. Banyak syarikat-syarikat besar yang menggunakan warna merah jambu sebagai warna tema mereka. Sebagai contoh, Sasa dan Baskin Robbin yang merupakan syarikat besar yang mengumpul jutaan ringgit keuntungan.

                                           Kelembutanmu menawan hatiku ^^

Sampai di sini sahaja perkongsian saya untuk entri kali ini. Semoga berjumpa lagi ye.

P/s: Bagi yang ingin memilik koleksi Instant Shawl Raudhah seperti di atas, boleh layari www.heejabscarf.com

Tiada ulasan:

OFFER TRABO HANISAH!

Disebabkan ramai yg nak berhanisah untuk travel disenber ni, ada berita baik kak ida nak bagitau OFFER TRABO HANISAH!  TRABO?...