Rabu, 14 Mac 2018

SEMAK 7 CARA TAUBAT NASUHA YANG BETUL


SEMAK 7 CARA TAUBAT NASUHA YANG BETUL
.
1. Penyesalan dengan sungguh-sungguh atas perbuatan maksiat yang dilakukan (an-naadm).
.
Hal ini ditandai dengan mudah menangis, atau perasaan perih jika mengingat perbuatan masa lalu.

.
2. Berjanji atau bersumpah untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut (Al I’tiqod).
.
Janji tersebut harus ditanamkan dalam hati atau diucapkan didepan orang lain yang dipercaya sebagai saksi dan pengingat jika ia sebenarnya sudah berjanji pada Allah.
.
3. Terus menerus meminta ampunan Allah (dawaamul istighfaar).
.
Di tahap ini adalah penting, kerana perbuatan yang terus menerus meminta ampunan Allah dengan mengucapkan istighfaar dan doa yang diucapkan Rasulullah berikut ini:
.
“Bacalah: ‘Allahumma innii zholamtu nafsii zhulman katsiiran wa laa yaghfirudz dzunuuba illaa anta faghfirlii maghfiratan min ‘indika warhamnii innaka antal ghafuurur rahiim, (Ya allah, sungguh aku telah menzhalimi diriku sendiri dengan kezhaliman yang banyak, sedangkan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali hanya Engkau, maka itu ampunilah aku dengan suatu pengampunan dari sisi-mu, dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang.” (HR Muttafaqun alaihi).
.
4. Sepenuh hati meyakini jika Allah adalah dzat yang Maha Pengampun dan Maha Penerima taubat (Al Iman bimagfirotihi)
.
Hal ini merupakan upaya manusia yang menyingkirkan segala kesyirikan dan menghamba kepada lainnya, juga keyakinan jika Allah akan menerima taubatnya jika manusia meminta dengan sungguh-sungguh dan tidak berputus asa keranaNya.
.
5. Meminta maaf pada orang yang dizalimi (Adzdzunuubu almatrukah).
.
Hal ini menunjukkan jika Allah tidak akan mengampuni taubat hambanya sampai dia juga meminta maaf pada orang-orang yang pernah dizalimi.
.
6. Menjalankan Solat sunah taubat.
.
Sebelum menjalankan solat sunat taubat sebaiknya mandi terlebih dahulu, jika itu taubat zina. Hal ini merupakan kesepakatan dari 4 mazhab:
.
“Tidaklah seorang hamba melakukan dosa lalu ia berwudhu, lalu berdiri untuk melakukan solat dua raka’at, lalu meminta ampun kepada Allah, kecuali Allah akan mengampuninya” (HR Tirmidji, Abu Daud, Ibnu Majah).
.
7. Semua dilakukan kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah semata, bukan kerana paksaan atau kerana arahan dari seseorang.
.
Sama-sama kita menjadi lebih baik
.
Tercari-cari tudung yang menepati syariah?
.
Klik link ni
.


Tiada ulasan:

OFFER TRABO HANISAH!

Disebabkan ramai yg nak berhanisah untuk travel disenber ni, ada berita baik kak ida nak bagitau OFFER TRABO HANISAH!  TRABO?...