WANITA SUMBER INSPIRASI
.....
Ini adalah dedikasi buat wanita di usia pertengahan 20-an hingga ke hujung 30-an (dan peringatan buat yang lebih muda dan penghargaan buat yang lebih berusia.)
.
Ini adalah waktunya, jika seorang wanita masih bujang, sering diasak soal jodoh sedang diri sendiri menghitung detik di mana pengakhiran sebenar dalam mencari si dia yang bukan sekadar peneman di waktu suka.
.
Ini adalah detiknya, jika seorang wanita sudah berumahtangga namun masih menunggu cahayamata, ditanya pula seribu satu persoalan tentang rezeki tuhan.
.
Sedang dia juga meminta dalam tangisan agar ada suatu hari nanti khabar gembira singgah ke telinga, memberitahu ada zuriat yang dikandung di dalam rahimnya.
.
Ini adalah tempohnya, jika seorang wanita sudah bergelar ibu kepada bayi, di tanya kenapa itu dan kenapa ini bila mana pilihan tidak sama dengan orang lain. Sedang si ibu mencuba pelbagai cara untuk yang terbaik buat bayi nya agar semuanya tidak terlalu sukar dan mengejar.
.
Ini adalah garis masanya, jika seorang wanita punya anak mengenal alam sekolah, di tanya kenapa masih tidak boleh membaca mengira. Tidak pula menghantar anak ke pusat disitu dan di sana sedang dia cuba mengenal sikap dan minat anaknya terdorong dalam kelompok yang bagaimana.
.
Ini adalah waktu percaturannya, jika seorang wanita punya anak menginjak usia remaja, ditanya kenapa perbuatannya sebegitu rupa, sedangkan si ibu cuba memahami gelora jiwa yang mampu menghilangkan segala nasihat dan ilmu di dada kerana pengaruh dan kuasa rakan sebaya.
.
Inilah wanita
.
Yang rasa diri dipersalahkan setiap waktu malah paling teruk, akhirnya menyalahkan diri atas setiap sesuatu!
.
Kita berperang dengan demam, selsema, batuk, muntah, semput, katil wad dan meja kerja. Pinggan mangkuk, timbunan kain, tumpahan air dan kuah, meja dan perabot yang hilang arah, mainan yang bersepah.
.
Kita berperang dengan jiwa. Menyekolahkan anak di mana? Bolehkan di sekolah biasa? Sekolah agama? Sekolah kerajaan atau swasta? Sekolah cina atau india? Atau sekolahkan di tahfiz? Jika tidak, sekolahkan di rumah sahaja. Bila semua tidak kena, akhirnya kembali menyalahkan diri kerana tidak sempurna.
.
Kita bermonolog setiap hari. Dengan lelah tanpa henti. Kerja atau berhenti? Di rumah penat setiap hari. Di tempat kerja kadang tiada hati. Nak masak apa hari ini? Sudahkan baju tadi dibasuh? Kasut belum berjemur. Karpet dimuntahi anak belum disental. Cadar belum ditukar.
.
Kita berangan. Mahu cuti tenangkan fikiran tetapi kerja menimbun minta diselesaikan. Kita ingin keluar sebentar dari lelah menguruskan rumahtangga. Belum sampai setengah jam sudah dapat panggilan, anak menangis tak henti sejak ditinggalkan. Kalau tidak dapat panggilan, hati sendiri merisaukan. Boleh kah anak-anak jaga kelakuan? Nak bercuti berdua seperti merpati dua sejoli? Hanya dalam mimpi!
.
Inilah kitaran kehidupan.
Bila terhimpit dan perasaan kecewa datang akibat lelah, tumpahkan air mata, luahkan isi dan rasa hati. Mohon bantuan pada Ilahi, pinjamkan kekuatan.
.
Menangis hari ini
Esok bangkit semula, terbang lebih tinggi!!

#HeejabScarf
#Shakeeya
#FeelingExclusiveElegantAndSyariahCompliance
Klik link ini www.wassap.my/601157585813/WakilJualanRaya |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan