Jumaat, 6 April 2018

TIPS BERSIAP PANTAS BAGI MOMMIES

TIPS BERSIAP PANTAS BAGI MOMMIES
.
.
Golongan mommies diluar sana sudah tentu amat sibuk dengan kerja rumah betul?
.
Uolls menyiapkan makanan anak-anak, memandikan anak, mengemas rumah dan memasak. 
.
Sedar tak sedar, hanya ada beberapa minit sahaja untuk bersiap ke tempat kerja. Nak tak nak, terpaksa bersiap dengan cepat! 
.
Terdapat banyak tips bersiap pantas yang sangat digalakkan bagi kaum ibu. Jom tengok:
.
1/ Seterika atau Menggosok Baju Pada Awal Waktu
.
Seterika baju dan tudung sahaja sudah memakan masa selama 5 minit. Itu baru baju kita, baju sekolah anak-anak dan baju kemeja kerja suami? Lagilah banyak masa yang diambil.
.
Sudah terhantuk baru tengadah! Sudah terlewat ke tempat kerja, barulah nak berfikir dan bertindak. 
.
Sebenarnya tak susah kalau kita tahu mengurus masa dengan betul. Hari-hari kita menggosok baju selepas bangun pagi. Apa salahnya kita mula menggosok baju pada malam hari?
.
Nak pantas lagi, tak salah kita menggosok baju sekaligus untuk seminggu pada hari minggu sabtu dan ahad. 
.
5 hari bekerja, maka 5 baju yang harus digosok, semuanya disiapkan pada hari ahad. Begitu juga dengan baju kerja suami dan baju sekolah anak-anak.
.
Semua akan begitu terurus dan pada malam hari, kita boleh menonton televisyen tanpa memikirkan apakah yang harus dilakukan esok hari.
.
Perasan atau tidak, kita akan mengambil masa yang lama untuk memikirkan baju apa yang ingin dipakai dan baru nak mencari pada pagi selepas mandi.
.
Nak fikir sahaja dah memakan masa, selepas itu nak seterika pula. Itu tidak akan memantaskan para ibu semua, malah akan lebih melambatkan. 
.
Jadi, uruskan masa anda dengan bijak dan menyegerakan untuk menggosok baju seawal yang boleh. 
.
2/ Multi-tasking Dalam Tindakan
.
Tak semua orang boleh multi-tasking dalam semua perkara. Multi-tasking atau membuat banyak kerja dalam satu masa mempunyai kebaikan dan juga keburukan. 
.
Selain dapat menjimatkan masa, para ibu dapat bersiap dengan pantas. Sambil memasak sarapan, sambil memakai tudung. Sambil memandikan anak, sambil mengejutkan suami.
.
Wah, susahnya! Namun, ia boleh dilakukan bagi mereka yang sudah biasa membuat 2 kerja dalam satu masa. Dengan tindakan multi-tasking ini, secara automatiknya perbuatan kita akan menjadi pantas. 
.
Negatifnya, bagi orang yang tidak biasa membuat kerja dengan laju, kemungkinan besar kerja yang dibuat tidak akan menjadi.
.
Selalunya, multi-tasking tidak menjadi masalah bagi ibu-ibu kerana kebanyakkan ibu-ibu sudah selalu melalukan kerja yang banyak dalam satu masa. 
.
3/ Simpan Pin atau Kerongsang Di Tempat Sepatutnya
.
Kebanyakan wanita atau ibu-ibu yang bertudung mempunyai sikap yang sama iaitu suka meletakkan kerongsang di merata-rata tempat.
.
Esoknya, mereka akan lupa dimana mereka letakkan dan memakan masa yang lama untuk mencarinya. Uolls juga begitu kan?
.
Setiap kali membeli belah, kerongsang atau pin wajib dibeli kerana harganya sangat murah. Ramai wanita mempunyai lebih daripada 20 biji kerongsang.
.
Tetapi hanya menggunakan 2 atau 3 sahaja kerongsang dan berulang-ulang menggunakan kerongsang yang sama walaupun pada tudung yang berbeza. 
.
Semua itu berlaku kerana anda nak cepat bersiap!
.
Nak pantas pakai tudung? 
.
Jadi, anda harus belajar menyimpan kerongsang di satu tempat sebagai koleksi anda. Mungkin di dalam almari, di atas almari solek dan mana-mana tempat yang sesuai. Esoknya, anda akan lebih pantas untuk bersiap!
.
TIPS EXTRA SPECIAL ๐ŸŽ
.
Memakai Instant Shawl Raudhah
.
Ibu-ibu semua boleh hentikan segala pencarian berkaitan tips bersiap cepat dengan segera! 
.
Masalah anda semua sudah selesai kerana Instant Shawl Raudhah memudahkan ibu-ibu untuk bersiap pantas ke tempat kerja.
.
Uolls boleh terus memakai Instant Shawl Raudhah dengan cepat tanpa ada sebarang cacat cela pun. 
.
Anda bukan sahaja sampai awal ke pejabat, malah anda juga boleh goyang kaki sementara menunggu anak dan suami bersiap-siap untuk ke kerja bersama-sama. 
.
Instant Shawl Raudhah ini Ironless kerana materialnya sangat berkualiti dan bersesuaian dengan anda yang ingin bersiap pantas.
.
Warna instant shawl ini memudahkan anda memilih warna yang bersesuai untuk kulit anda supaya tampak yakin setelah memakainya. Jom bersiap dengan pantas dan cantik!
.
Berminat? Klik link ni

Kalau tak dapat klik link tu boleh wasap terus ke nombor 01157585813 (Shafiqah)


Tiada ulasan:

OFFER TRABO HANISAH!

Disebabkan ramai yg nak berhanisah untuk travel disenber ni, ada berita baik kak ida nak bagitau OFFER TRABO HANISAH!  TRABO?...